Tiada lagi alasan bagi pelanggaran lesen kelapa sawit bermula tahun hadapan.<br /><br />Itu kata Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak Hamzah Mohammad yang mahu seratus peratus premis kilang kelapa sawit mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.<br /><br />Jelasnya terlalu banyak alasan yang diberikan oleh pemilik premis dalam memastikan pelepasan air dan udara adalah bersih dan mencapai piawaian yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar selaras dengan akta tersebut.
